Thursday, December 27, 2012

Holiday II


 Hey readers, miss my bloggie so muchh :* Okay entry hari ni about holiday part II plak.
25.12.12 Shue pergi Kota Kinabalu. Dari sandakan shue naik kereta. Dalam perjalanan tu 
dekat-2 area kundasang ada orang langgar belakang kereta kiteorang. Alhamdulillah takde pape
yang serious just bumper belakang kereta je calar sikit. Orang yang langgar kereta kiteorang
tu cuak je tapi ayah shue just take it simple case so ayah tak mintak pape ganti rugi pun.
Sokay lah lagi pun kiteorang nak cepat. Then dah sampai kota kinabalu tu kiteorang terus 
pergi cari apartment. Senang duduk apartment boleh masak dgn basuh baju. Kalau duduk
hotel kena makan luar and baju terpaksa hantar dobi. Dah masuk apartment rehat punya
rehat, malam tu keluar pergi jalan-2 kat bandar kota kinabalu tu. Esoknya, dalam tengah hari
kiteorang pergi Lok Kawi Wildlife Park (Taman Hidupan Liar Lok Kawi). Tengok haiwan-2
kat situ. Dia macam Mini Zoo lah kiranya. Lepas tu kiteorang pergi tengok pertunjukan haiwan.
Hm, not bad lah ~ Nanti tengok gambar eh? Shue upload :D Okay, dah habis melawat
tempat haiwan tu kiteorang pun balik. Dalam perjalanan balik tu terasa lapar plak so ayah pun
bawak pergi makan dulu. Then malam tu keluar lagi pergi tengok persembahan air plak. Haha
tak sangka air pun boleh menari-nari :P Okay, dah habis tengok persembahan tu kiteorang
pun balik apartment. Huaa penat gila babun lah. Hari ni kiteorang pun balik. Holiday kat 
sana 3hari 2malam je :) Time balik tadi shue tak berapa okay dalam kereta. Pening-2 muntah
sampai berhenti kat tepi kawasan rehat area kinabalu park. Huh! Tak pernah-2 pening 
macam tadi. Nak muntah sampai menangis-nangis. Macam budak kecik je :P Haha, lepas tu
mak ayah singgah kundasang. Dorang beli sayur dgn buah-2. Perghh, sume fresh-2. Terbaik
dari ladang :P Haha, okay dah out of topic. Lepas tu lepas tu sampai rumah pukul 6petang.
Alhamdulillah semuanya selamat. Masa untuk usya-2 gambar plak :D










FOREVER BY MY SIDE ((:

Tuesday, December 11, 2012

Holiday I


 Hey readers. Rinduu nak update blog and tonight baru ada kesempatan nak
update blog. Sebelum ni tak sempat cause shue pergi holiday dengan family :D
Kat resort yang shue stay tu plak susah nak dapat line. Tu punn semalam online guna
wifi kat resort tu. Sempat tukar profile picture fb je and post gambar kat tepi pantai
dalam twitter :D  Hewhew, keluar bilik sorang-2 cari line wifi kat resort tu. Semalamnya,
pergi jalan-2 kat tepi pantai sorang-2 sebab tension duduk dalam bilik tu. Haha, 
pape lah kau ni shuee. But seriously tension duduk dalam bilik kat resort tu. Hm, maklum
lah. Budak yang banyak problems lah katakan. Well you know me? :P Haha, sebelum
jalan-2 kat pantai tu ada pekerja ni tegur shue. Alaa, abang muda-2 biasa lah kann.
Dia tanya shue nak pergi mana and dia cakap kat shue hati-2 and jaga diri :) Wahh wahh,
untung ada orang sudi ambik berat pasal kitaaa :P *mintak kaki* Ha shue dah dah, ingat
kau tu dah berpunya. Haha, sorry shue memang macam ni, always mintak kaki. Then,
dah jalan tepi pantai shue duduk bawah pokok, pasang lagu jiwang-2. Haha, memang tak
boleh blaa kan? Actually nak cari ketenangan hati jiwa raga je. Hmm, banyak probs dalam kepala
hotak ni. Bila dah rasa tenang sikit shue pun balik bilik, makan maggi. Haha, my breakfast only
maggi. Lepas tu tengok tv kejap. Petang tu dalam pukul 4 shue keluar dengan adik-2 shue plak, pergi 
pantai lagi :D Masa tu baru kiteorang capture cause masa shue keluar sorang-2 tu adik
shue still tidur lagi. Penat kod, sampai resort tu malam (check in). Capture punya capture
sambil-2 tu main gak air pantai tu. Haha, sampai basah-2 seluar. Tapi best, enjoy 
gilaa. Semua tension hilang :) Alhamdulillah, ada gak masa shue release tension. Thanks
ayah sebab bawak kiteorang pergi holiday. Dah lah takde kerja, actually kehidupan
selepas SPM ni sangat membosankan. Tapi nak buat macam mana kan? Tunggu jelah sampai
result SPM keluar then apply mana-2 kolej or university. Eh rasanya sampai sini je
shue blogging. See you next time. Bye, assalamualaikum :)




FOREVER BY MY SIDE ((:

Sunday, December 2, 2012

Hangout


Hey readers! Here i comeeee :* Hehe, lalui kehidupan dengan penuh keceriaan.
Al-maklum lah SPM dah habisss. Haritu shue hangout dengan classmate shueee ;D
Best sangat-2. Kenangan paling indah bagi kiteorang. Hmmm, rindu dorang sangat-2.
Rindu sekolah, rindu class, rindu cikguu :* Rindu semua lah tentang sekolah. Haha
baru berapa minggu habis sekolah dah rindu. Pape lah shue ni. Perancangan masa 
hadapan still dalam proses. Haha, maybe sambung belajar kod lepas ni. Nak ambik
kolej or university bahagian hospitality. Ingat nak ambik bahagian business management
tapi mak tak kasi. Hm, so ambik jelah bahagian hospitality. Perancangan balik KL? Hmm,
fikir-2 balik better balik after result keluar. Nty tak susah nak kena beli tiket flight lagi.
Hm, kerja? Buat masa ni duduk rumah tolong mak je :) Eh, tujuan utama shue blogging ni
nak post gambar je. Jap tau?






Tu jeee, actually banyak lagi. Line lambat, malas plak nak upload
banyak-2. Hehe, kbye. Assalamualaikum :*


FOREVER BY MY SIDE ((:

Copyright@2012. All Right Reserved by Shue Hada